PAKEJ PADANG BUKIT TINGGI
3 Hari/2 Malam

HANYA RM 448/- sahaja
(tidak termasuk harga tiket flight
dan cukai airport Padang)

 
 Harga meliputi :-
Hotel Penginapan 3 bintang (sebilik 2 orang)
Kos Pengangkutan dan Lawatan Padang/Bukit Tinggi
Makan Minum semasa di Padang/Bukittinggi
Perkhidmatan Tour Guide dan yang berkenaan

JADUAL FLIGHT AIR ASIA
KUL/PDG FLIGHT AK 470 BERLEPAS JAM 0750 / SAMPAI JAM 0800
PDG/KUL FLIGHT AK 471 BERLEPAS JAM 0830 / SAMPAI JAM 1040

ATURCARA LAWATAN

HARI 1 - KLIA / PADANG
 
Sebaik sahaja sampai di Airport, kita akan terus dibawa menaiki bas menuju ke Bukit Tinggi. Singgah sebentar di Restoran Lamun Ombak untuk sarapan pagi.
 
Majoriti penduduk di sini beragama Islam dan berketurunan Suku Minangkabau. Tiada masalah dari segi mencari makanan yang halal dan masjid untuk solat.
 

Bukit Tinggi ialah kawasan tanah tinggi dan cuacanya juga agak sejuk. 
 
Dalam perjalanan ke Bukit Tinggi, singgah sebentar di Air Terjun Lembah Anai. Masyarakat di sini percaya Air Terjun ini mempunyai khasiat "awet muda" kepada sesiapa yang mandi di dalamnya. 

Meneruskan perjalanan akan singgah di Padang Sikek iaitu tempat kepandaian proses membuat Songkek dan Sulaman Ukiran Kayu. Pelbagai barangan seperti busana Muslim, Telekung Sulaman ada dijual di sini.

Kemudian kita akan singgah di Rumah Pusat Dokumentasi Kebudayaan Minangkabau di Padang Panjang, yang di dalamnya terdapat banyak khazanah dan sejarah Masyarakat Minangkabau.
 
Di sini disediakan kemudahan bagi pengunjung yang ingin bergambar dengan memakai Pakaian Pengantin Masyarakat Minangkabau dengan dikenakan sedikit caj bayaran sewa yang murah.
 
Makan Tengahari dan Makan Malam di Restoran Tempatan.

HARI 2 - BUKIT TINGGI
 
Selepas sarapan pagi di hotel, kita akan dibawa menikmati pemandangan indah Panorama Ngarai Sianok iaitu kawasan banjaran yang diapit oleh dua banjaran gunung di Bukit Tinggi.
 
Jalan raya di sepanjang jalan agak sempit dan banyak selekoh, menyukarkan untuk kenderaan berhenti buat pengunjung mengambil gambar.
 

Dalam perjalanan, singgah sebentar di Rumah Hajah Rosma, yang terkenal sebagai Pusat Sulaman Pakaian Busana Muslim dan Telekung.

Pernah juga rakyat Malaysia yang datang ke sini dan berkursus dengan Hajjah Rosma mengenai teknik sulaman dan songket.
 
Rumah masyarakat di sini kebanyakkannya kelihatan agak mewah berbanding tempat-tempat lain di Indonesia. 

Dalam perjalanan menikmati keindahan alam semulajadi Ngarai Sianok, kita akan singgah di Tabek Patah, tempat pemprosesan Pisang Salai dan kopi segar tradisional yang begitu terkenal di sini.
 
Kita boleh menikmati kesegaran kopi segar sambil makan pisang salai yang baru dan boleh juga membeli pelbagai produk makanan yang dihasilkan di sini sebagai ole-ole ketika pulang nanti.

Kunjungan ke Bukit Tinggi tidak lengkap jika tidak melawat Istana Silinduang Bulan. Diberitakan Istana ini yang asal pernah terbakar disambar petir dan dibina binaan baru yang bentuknya sama seperti yang asal seperti hari ini.

Makan Tengahari di Restoran Tempatan yang terletak di tengah-tengah sawah padi dan di bawah kolam ikan.
 
Pengunjung dapat merasakan kelazatan MASAKAN PADANG yang segar dengan berlatar belakangkan pemandangan sawah padi dengan udara yang nyaman dan segar.

Jika di Medan terkenal dengan Danau Toba, di sini terkenal dengan Tasik Singkarak iaitu Tasik yang terjadi dari cetusan Gunung Berapi dan mempunyai cerita lagendanya.

Tasik ini begitu luas, saujana mata memandang dan kelihatan sama seperti Tasik Danau Toba yang terdapat di Prapat, Medan.

PASAR ATAS dan JAM GADANG
 
Rasanya tidak lengkap jika kunjung ke sini tidak melawat Pasar Atas dan Jam Gadang.

Di kawasan inilah, pengunjung boleh mendapatkan barangan seperti telekung sulaman, busana Muslim yang cantik-cantik dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di Malaysia.
 
Makan Malam di Restoran Tempatan.

HARI 3 - Kembali ke tanah air
 
Kita akan "check out" hotel seawal pagi kerana jadual flight AirAsia.
 
Secara kesimpulannya, Padang Bukit Tinggi boleh dikatakan syurga bagi wanita yang suka berbelanja terutamanya pakaian dan telekung sulaman.
 
Keindahan alam semulajadinya begitu memukau mata yang memandang di samping suhunya yang agak sejuk memberi keselesaan kepada pengunjung.

Jika berminat atau inginkan maklumat lebih lanjut, sila hantar butiran di bawah :-
 Your name:  (required)
 Your email:  (required)
 Message:  (required)

Sila hubungi :-
Hj Iqbal Safwan - 019 350 5395
Hjh Norhayati - 019 341 8822

D Z Travel & Tours (M) Sdn Bhd
No.20 Jalan Kuda 1/KU1,

Off Jalan Batu Tiga Lama
41300 Klang
Tel : 03 3341 3617
Fax : 03 3341 3621
email : dztravel.tours@gmail.com
email : hjiqbal.safwan@gmail.com
email : yatieyusoff72@gmail.com